Juwairiya Zulkifli. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Kajian ekonomi kesan Covid-19 terhadap wanita – IWB

SHAH ALAM, 5 APRIL: Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor sedang menjalankan soal selidik dalam talian mengenai kesan Covid-19 kepada kehidupan golongan tersebut di negeri ini, kata pengerusinya.

Juwairiya Zulkifli berkata ia bertujuan mengukur sejauh mana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjejaskan kehidupan wanita terutama dalam aspek ekonomi.

“IWB akan menganalisis data diperoleh sebelum mencadangkan kepada Kerajaan Negeri apa tindakan yang wajar dilakukan untuk membantu golongan wanita.

“Adalah penting kepada IWB untuk menilai tahap kehidupan wanita dalam tempoh PKP atau selepas keadaan pulih sepenuhnya akibat ancaman Covid-19,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Juwairiya yang juga Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati berkata selaku badan pemikir, IWB sentiasa berusaha merangka polisi dan strategi demi pemberdayaan wanita di Selangor.


Pengarang :