AGENDANASIONAL

MB galak carum zakat serendah RM8, bantu lapan asnaf

SHAH ALAM, 13 MEI: Dato’ Menteri Besar menggalakkan umat Islam di negeri ini mencarum zakat serendah RM8 sebulan untuk membantu golongan memerlukan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha melalui Galakan Berzakat 8 to 8 Lembaga Zakat Selangor (LZS) boleh membantu lapan golongan asnaf di negeri ini.

“Pengagihan zakat membabitkan bantuan berkala kepada golongan asnaf di Selangor sekitar RM60 juta sebulan. Dengan serendah RM8 sebulan, anda mampu membantu lapan golongan asnaf di Selangor,” tulisnya di Twitter hari ini.

Kempen yang bermula 1 Mei hingga 31 Disember ini boleh dibuat melalui potongan gaji dengan merujuk https://espg.zakatselangor.com.my

Pencarum turut berpeluang memenangi baucar Aeon bernilai RM500 (hadiah utama), RM300 e-tunai Touch n Go (tempat kedua) dan 10 hadiah sagu hati berupa kad petrol bernilai RM100.

Maklumat lanjut boleh layari Facebook, Twitter dan Instagram LZS atau hubungi talian 1300 88 4343.


Pengarang :