Rumah api di puncak Bukit Malawati antara kesan tinggalan sejarah di lokasi berkenaan. Foto arkib Selangorkini
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes positif Covid-19 di Klang dan Kuala Selangor turun

SHAH ALAM, 2 JUN: Jumlah kes aktif Covid-19 di Kuala Selangor dan Klang turun sebanyak empat kes sehingga jam 12 tengah hari ini, menurut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor.

Menerusi data itu, kes aktif di Klang jatuh kepada empat kes berbanding tujuh semalam, sementara Kuala Selangor empat kes berbanding lima kes.

“Hanya perubahan minimal bagi kes aktif dan kuantiti pengelasan zon sama seperti semalam.

“Amalan norma baru harus dijadikan satu rutin dan tabiat bagi warga Selangor. Inilah benteng terbaik yang kita ada sementara vaksin sedang dikaji pakar,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini Selangor mencatatkan enam kes baharu wabak berkenaan menjadikan 1,926 jumlah keseluruhan.


Pengarang :