Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bersama anggota polis membuat pemeriksaan di kediaman Penguhuni Wisma Hock Ann bagi mencegah wabak penularan Covid-19 pada 9 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM berjaya kawal Covid-19 di depot tahanan imigresen

SHAH ALAM, 19 JUN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mengawal penularan Covid-19 di depot tahanan imigresen (DTI) dengan lapan kes sahaja masih menunggu keputusan saringan, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekiranya keputusan positif, kes mungkin hanya meningkat kepada lapan sahaja.

“Kita berjaya mengawal wabak di depot tahanan kerana mereka (warga asing) tidak terdedah dengan masyarakat, mereka yang positif segera menerima rawatan sementara yang terdedah (kontak rapat) sudah diasingkan.

“KKM juga melihat tiada pertambahan kes dari DTI Semenyih, Sepang dan Depot Tahanan Imigresen Sementara di Putrajaya setakat ini,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sehingga hari ini, terdapat empat kluster melibatkan DTI iaitu Bukit Jalil, Semenyih, Sepang dan Putrajaya.

Sebanyak 1,694 individu disaring dan 647 didapati positif di DTI Bukit Jalil. Sementara di Semenyih 1,785 disaring dan 66 positif wabak berkenaan.

Sepang pula 1,477 individu disaring, 60 positif, di Putrajaya, 101 disaring, dua didapati positif.


Pengarang :