Petugas kesihatan memegang kit ujian sebelum membuat proses calitan bagi mengumpul sampel Covid-19 di Gombak pada 22 April 2020. Foto AFP
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tiga kes baharu Covid-19 di Selangor – STFC

SHAH ALAM, 19 JUN: Kes baharu Covid-19 di Selangor meningkat kepada tiga hari ini berbanding dua kes semalam, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Daripada jumlah itu, dua adalah kes import yang mendapat jangkitan dari Pakistan dan Kanada, sementara satu lagi kes penularan tempatan membabitkan kontak rapat di Gombak.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri ini bertambah kepada 2,009.

“Corak kes baharu dibanding semalam meningkat. Setiap warganegara perlu mengamalkan norma baharu secara disiplin supaya kes baharu menjadi sangat minimum,” katanya menerusi Twitter.

Malaysia mencatatkan lapan kes positif Covid-19 hari ini, sementara jumlah kes pulih meningkat kepada 8,070.


Pengarang :