Polis memantau laluan masuk ke Bukit Wawasan, Puchong bagi memastikan pendaki mematuhi SOP ketika tinjauan pada 28 Jun 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Polis puas hati pendaki Bukit Wawasan ikut SOP

PUCHONG, 28 JUN: Polis berpuas hati terhadap pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) di tapak pendakian Bukit Wawasan di sini sejak dibuka semula pada 15 Jun lalu.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang berkata pihaknya juga tidak menerima laporan pencerobohan di kawasan larangan.

“Selepas dibuka kepada orang awam, kita terus buat pemantauan dan tidak mengesan sebarang kesalahan seperti mengambil hasil hutan, memburu atau berkelah,” kata Deputi Superitendan Pung Hing Chong ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, katanya, pendaki yang memasuki kawasan larangan seperti ‘blue lagoon’ dan air terjun bakal dikenakan denda lebih tinggi kerana ia dipelihara bagi penyelidikan Universiti Putra Malaysia.

“Kebanyakan orang awam menganggap Bukit Wawasan ialah hutan rekreasi. Sekiranya polis mendapati ada kesalahan seperti itu, mereka didenda tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali,” tegasnya.


Pengarang :