Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 26 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes Covid-19 melonjak kepada empat digit, 12 kematian

SHAH ALAM, 3 NOV: Kes baharu Covid-19 hari ini melonjak kepada 1,054 kes berbanding 834 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 34,393 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 875 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan sembuh dan keluar wad 23,995.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 10,135 kes.

“Negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 150 kes (14.2 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Manakala, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pula mencatatkan 81 (7.7 peratus) kes.

“Kelima-lima negeri ini menyumbang sebanyak 909 kes (86.2 peratus) secara keseluruhan,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata sebanyak 12 kematian direkodkan yang kesemuanya di Sabah menjadikan jumlah keseluruhan 263.

“Terdapat 94 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 32 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

 


Pengarang :