Orang ramai mematuhi arahan dengan mengenakan pelitup muka ketika berada di tempat awam bagi mencegah penularan Covid-19 ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kadar jangkitan Covid-19 kekal 0.99 – Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 19 DIS: Malaysia berjaya mengekalkan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) pandemik Covid-19 pada tahap 0.99 setakat ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun mengingatkan seluruh rakyat supaya terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) memandangkan perjuangan memerangi wabak belum tamat.

“Alhamdulilah, terkini kita masih dapat bertahan mengekalkan Ro/Rt kurang sikit daripada satu iaitu 0.99.

“Walaupun kerajaan banyak memberi kelonggaran sejak 7 Disember 2020, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ingin mengingatkan seluruh rakyat Malaysia iaitu perang dengan Covid-19 masih sengit dan belum tamat.

“Kita belum menang dan masih bertahan setakat ini. Kita boleh kalah dan tewas jika rakyat Malaysia tidak patuh kepada SOP dan ambil mudah. Kita jaga kita, Kita jaga keluarga kita, Kita jaga komuniti dan negara kita,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham berkata pihaknya akan berusaha memastikan Rt/R0 tidak mencecah 2.2 kerana kemudahan kesihatan KKM mungkin tidak mampu menampung jumlah pesakit jika Rt mencecah paras itu.


Pengarang :