Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Lima daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 6 petang

SHAH ALAM, 3 APR: Lima daerah di negeri ini dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Seluruh Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya serta beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah turut diramal berdepan cuaca yang sama.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya menerusi Facebook.


Pengarang :