SHAH ALAM, 28 JUN: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini turun kepada 1,894 kes semalam, selepas lima hari berturut-turut berada paras 2,000 kes.
Sebelum ini negara merekodkan 2,425 kes (22 Jun), 2,796 kes (23 Jun), 2,512 kes (24 Jun), 2,302 kes (25 Jun) dan 2,003 kes (26 Jun).
Menurut data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my , pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,558,558 kes dengan 28,093 daripadanya adalah kes aktif.
Ketika ini, sebanyak 26,894 kes sedang menjalani kuarantin di rumah, 15 kes di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), 1,150 kes di hospital dan 34 kes di unit rawatan rapi (ICU).
Lapan kematian dilaporkan termasuk satu di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian 35,754 kes
Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara adalah sebanyak 61 peratus dengan rawatan Covid-19 merangkumi 7.9 peratus.