Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad menyampaikan sijil penghargaan sempena program Anugerah Tokoh Hari Ibu Pekawanis di Hotel RHR, Gombak pada 27 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pekawanis di 42 DUN terima dana RM3,000 anjur aktiviti

GOMBAK, 28 JUN: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) di 42 Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima peruntukan RM3,000 bagi menganjurkan aktiviti.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata pemberian itu untuk menghargai setiap ahli Pekawanis yang bertungkus lumus menjayakan pelbagai aktiviti dijalankan pertubuhan itu.

“Mereka bebas untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang ingin mereka buat. Di Sungai Tua contohnya, saya bercadang mengadakan gotong royong di rumah warga emas dan jika rumah itu kekurangan barangan, kita salur.

“Jika ia berjaya kita akan buat di semua DUN. Begitu juga aktiviti di DUN lain jika program mereka membawa impak kita akan bawa ia menjadikannya program bagi setiap DUN selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Hari Ibu Pekawanis DUN Sungai Tua di Hotel RHR Bandar Baru Selayang di sini.

Masdiana berkata peruntukan RM3,000 itu dijangka diberikan dalam tempoh terdekat.


Pengarang :