Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Lapan daerah di Selangor diramal hujan hingga 7 malam

SHAH ALAM, 17 JUN: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, di Selangor hingga jam 7 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan lain terbabit termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya; Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan, seluruh negeri Melaka; Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian dan Johor Bahru di Johor.

Amaran itu turut melibatkan kawasan Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang; Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan; Besut, Terengganu serta Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :