Peserta yang hadir untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sempena program Selangor Saring di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Yoke Kuan, Sekinchan, Sabak Bernam pada 5 Jun 2022 . Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Saringan kesihatan DUN Sungai Burong, Permatang dan Sijangkang esok

SHAH ALAM, 11 JUN: Orang ramai di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dipelawa menghadiri pemeriksaan kesihatan percuma menerusi program Selangor Saring esok.

Penduduk DUN Sijangkang boleh hadir ke Dewan Wawasan Kampung Medan, manakala mereka dari DUN Permatang dan Sungai Burong di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Tiram Jaya.

Selain saringan kesihatan, DUN Permatang turut menganjurkan program pemeriksaan mata secara percuma bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

Antara syarat untuk mendapat cermin mata percuma adalah peserta wajib menyertai Program Selangor Saring 2022 dan mereka pengundi di DUN Permatang.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk terutama yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.


Pengarang :