Kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membantu peserta memohon sijil dan perbaharui secara atas talian ketika Program Jelajah Usahawan Digital Selangor 2022 di Dewan Beringin, Gombak pada 19 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Diskaun kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut hingga 31 Oktober 

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melanjutkan insentif pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 bermula hari ini sehingga 31 Oktober 2022.

Dalam satu kenyataan, SSM berkata di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun bagi semua kompaun yang telah ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

Sebelum ini, insentif tersebut telah dilaksanakan selama empat bulan bermula 1 Mac 2022 dan tamat pada 30 Jun 2022.

Semakan status kompaun boleh dilakukan melalui emel ke [email protected] atau hadir di mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia.

– BERNAMA


Pengarang :