AGENDANASIONAL

Kuala Langat dijangka mengalami hujan lebat hingga jam 12 tengah hari

SHAH ALAM, 12 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir bagi daerah Kuala Langat, Selangor hingga jam 12 tengah hari ini.

Menurut MetMalaysia, ia turut membabitkan seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang; Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Kulim di Kedah; Kerian, Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak serta Tanah Tinggi Cameron di Pahang.

MetMalaysia memaklumkan amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :