Exco Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail (kanan) bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat dan Keusahawanan) PKNS Suhaimi Kasdon (tengah) ketika majlis perasmian Ekspo Usahawan Selangor (Selbiz) 2022 anjuran PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 3 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ekspo bantu usahawan perkenal produk kepada capaian khalayak lebih luas

SHAH ALAM, 3 SEPT: Ekspo Usahawan Selangor 2022 (Selbiz 2022) memberi peluang kepada usahawan pemula niaga dan peniaga kecil memperkenal produk masing-masing.

Timbalan ketua pegawai eksekutif (korporat dan keusahawan) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata ia juga laluan mempromosikannya kepada capaian khalayak yang lebih luas.

“Ekspo ini membantu meningkatkan jaringan perniagaan kepada usahawan PKNS melalui pendekatan secara ‘business to business’.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat dan Keusahawanan) PKNS Suhaimi Kasdon berucap ketika majlis perasmian Ekspo Usahawan Selangor (Selbiz) 2022 anjuran PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 3 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Selbiz juga memberi peluang kepada usahawan dan orang awam untuk mendapatkan maklumat secara terus bersama agensi keusahawanan terlibat seperti Halal Street UK dan Tekun Nasional,” kata Suhaimi Kasdon.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Selbiz 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, hari ini.

Suhaimi berkata pihaknya menyasarkan kehadiran 10,000 pengunjung dan transaksi urus niaga bernilai RM1 juta.

Selbiz 2022 dirasmikan EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berlangsung dua hari bermula hari ini pada 10 pagi hingga 10 malam.


Pengarang :