AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa Hulu Selangor, Gombak hingga 11 malam

SHAH ALAM, 14 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor dan Gombak sehingga 11 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama dijangka di negeri lain antaranya seluruh Kelantan dan Labuan.

Manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Muallim; Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong) serta Negeri Sembilan (Port Dickson).

Sabah pula di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Sandakan (Telupid).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :