AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak hingga 1 pagi esok

SHAH ALAM, 27 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 1 pagi esok.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu diramal berlaku di negeri tersebut di daerah Hulu Selangor dan Gombak.

Situasi sama dijangka melibatkan seluruh Perlis manakala Kedah di Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling); Perak (Hulu Perak, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) serta Terengganu (Kemaman).

Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin; Johor (Segamat, Kluang dan Mersing) serta Sarawak di Kapit (Belaga), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru dan Telang Usan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :