Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama peserta Mini Karnival Wanita di Taman Selasih, Gombak pada 13 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Latihan kemahiran peluang wanita Gombak bantu keluarga, medan cungkil bakat baharu

Oleh AZIAN AZIZ

GOMBAK, 14 NOV: Tawaran latihan kemahiran kepada wanita Parlimen Gombak dirangka khusus bagi membantu golongan itu menjana pendapatan tambahan kepada keluarga yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

Calon Pakatan Harapan Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program berkenaan juga dapat meningkatkan kemahiran wanita yang berbakat selain mencungkil bakat baharu.

“Pandemik mengajar kita, kalau kita mempunyai kemahiran yang baik, ada kemahiran tertentu kita boleh ‘survive’. Jika saya jadi Ahli Parlimen Gombak, ini adalah satu daripada program yang akan saya lakukan secara konsisten untuk meningkatkan ekonomi kaum wanita dan ibu di rumah.

“Program ini bukan sahaja melibatkan masakan, kita juga akan tambah ilmu pemasaran dan perkara lain yang akan dipraktikkan,” katanya.

Terdahulu Amirudin merasmikan Program Mini Karnival Wanita di Dewan JKP5, Taman Selasih di sini, semalam.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan amanatnya kepada peserta Mini Karnival Wanita di Taman Selasih, Gombak pada 13 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pada 10 November lalu, Amirudin membentangkan perancangan lima tahun bagi memajukan Gombak melalui Deklarasi Gombak Bermaruah yang mengandungi lima tawaran antaranya memberdaya wanita melalui latihan kemahiran dan membantu rakyat memiliki rumah mampu milik.

Turut ditawarkan ialah menarik pelabur asing bagi menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji tinggi kepada golongan muda dan memajukan bidang kesihatan serta pendidikan selain mewujudkan pusat rehat untuk penunggang p-panggilan.


Pengarang :