Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menunjukkan risalah Deklarasi Gombak Bermaruah 5 Tekad Untuk 5 Tahun selepas sidang media di Taman Samudera, Gombak pada 10 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Amirudin bentang perancangan lima tahun majukan Gombak

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 10 NOV: Dato’ Seri Amirudin Shari membentang perancangan lima tahun bagi membela penduduk Gombak menerusi Deklarasi Gombak Bermaruah.

Lima tekad itu disenarai dalam deklarasi selepas calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Gombak itu bertemu sebahagian penduduk kawasan berkenaan termasuk ketua-ketua masyarakat. Perkara tersebut ialah:

Ekonomi Tempatan Nadi Gombak

– Memberdaya wanita melalui latihan kemahiran tambahan dan meningkatkan pendapatan isi rumah

– Membangunkan pusat rehat bagi kegunaaan e-hailing, lengkap kemudahan beristirehat, WiFi, kawasan mengecas telefon pintar, bilik mandi dan ruang solat

– Menggalakkan pertanian berteknologi tempatan bagi menjamin bekalan makanan

Rumah Mampu Milik Gombak

– Membantu rakyat memiliki rumah pada harga mampu milik menerusi pembinaan 1,660 unit rumah mampu milik Pangsapuri Bayu Residensi @ Seri Temenggung

– Menyelesaikan isu pemilikan strata terutama di Hulu Kelang di AU 1, AU2 dan kawasan berhampiran

– Mengatur penempatan di Gombak Setia di rizab jalan agar penduduk memiliki perumahan lebih tersusun

Infastruktur Mampan, Selesa dan Berdaya Tahan

– Memantapkan kemudahan sedia ada seperti padang dan tapak futsal serta mendirikan kompleks sukan pelbagai guna sebagai hab anak muda

– Menubuhkan kompleks warga emas yang selamat untuk riadah warga emas dan kanak-kanak, senaman, sukan ringan, ruang membaca serta ruangan hijau

– Menyediakan infrastruktur di kampung tradisional yang melibatkan isu penggunaan tanah supaya peluang perniagaan mikro disediakan

– Membangunkan Dana Komuniti Gombak untuk infrastruktur tempatan demi manfaat penduduk

– Naik taraf kemudahan klinik-klinik kesihatan serta prasarana perubatan awam

Pendidikan dan Pekerjaan Bermaruah, Kunci Kepada Taraf Hidup Lebih Berkualiti

– Menarik pelabur tempatan dan antarabangsa untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada anak muda seterusnya mendapat gaji tinggi

– Menurunkan kadar pengangguran, meningkatkan keselamatan kewangan dan memelihara kesihatan mental orang muda Gombak

– Menggunakan kedudukan Gombak sebagai hab pendidikan Selangor dengan merencana program latihan kemahiran teknikal

– Memberi10,000 laptop dan tablet bagi tujuan pendidikan serta usahawan bagi warga Gombak

Peranan Saksama Negeri Dalam Memajukan Negara Tercinta

– Kerajaan Negeri diberi peranan membina dan memajukan negara dalam bidang kesihatan, pendidikan, pengangkutan awam dan agihan cukai

– Kesemua aspek ini wajar diteliti semula kerana setiap negeri mempunyai kelebihan ekonomi tempatan dan tidak wajar dirancang hanya oleh Putrajaya


Pengarang :