Gambar hiasan. Foto BERNAMA
SELANGOR

Selangor, KL dan Putrajaya diramal ribut petir hingga 4 pagi

SHAH ALAM, 16 NOV: Amaran ribut petir dan hujan lebat diramalkan berlaku di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 4 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan cuaca sama juga melanda seluruh Negeri Sembilan, Perlis dan Melaka.

Keadaan sama turut berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan Johor.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :