Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj bersama masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran. Foto Facebook Dr G Gunaraj.
ADNSELANGOR

DUN Sentosa anjur pertandingan video TikTok hapus aedes, tawar hadiah RM500

SHAH ALAM, 3 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menganjurkan pertandingan video TikTok #dunsentosabebasdenggi yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM500.

Wakil rakyatnya Dr G Gunaraj berkata pertandingan berlangsung sehingga 8 Februari ini terbuka kepada warga DUN tersebut dengan peserta perlu merakamkan video kreatif berdurasi satu minit bertemakan ‘hapuskan aedes’.

Pemenang tempat pertama menerima RM500, kedua (RM300) dan ketiga (RM200) selain hadiah misteri turut menanti 50 penyertaan terawal.

“Pertandingan ini adalah inisiatif Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (Suka) Sentosa untuk melibatkan komuniti dalam mencegah wabak denggi,” katanya di Facebook.

Beliau berkata rakaman video berkenaan harus mengutamakan kebersihan tempat yang berisiko menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.

“Penyertaan daripada semua bahasa termasuk Melayu, Tamil, Cina atau Inggeris dialu-alukan. Sila Hantar penyertaan di: https://wa.me/qr/JAHB73OPTNL7I1,” katanya.

Menurut Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan, Selangor mencatat kes denggi tertinggi berbanding negeri lain dengan 5,473 kes dari 1 Januari hingga semalam.


Pengarang :