ADNSELANGOR

Warga DUN Kota Anggerik dipelawa mohon baucar beli-belah Aidilfitri

Oleh DIANA ABD WAHAB

PETALING JAYA, 2 MAC: Warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik beragama Islam kini boleh memohon Baucar Jom Shopping Aidilfitri bernilai RM200.

Wakil rakyatnya Najwan Halimi berkata ia terbuka kepada pemohon dan pasangan berpendapatan isi rumah kurang RM3,00 dan mengundi di DUN berkenaan.

ADN Kota Anggerik Najwan Halimi. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Hanya satu permohonan bagi satu rumah dan penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) tidak layak memohon,” katanya menerusi Facebook.

Najwan berkata permohonan baucar boleh dibuat dengan menyertakan salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan serta slip gaji atau pengesahan pendapatan.

Katanya, pemohon juga perlu menyertakan sijil kematian atau cerai sekiranya sudah bercerai atau kematian pasangan.

“Pemohon boleh mendapatkan borang dan hantar ke pusat khidmat masyarakat DUN Kota Anggerik di TTDI Adina Seksyen 13 Shah Alam, sebelum 10 Mac,” katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kadar baucar Jom Shopping Perayaan dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 setiap keluarga.

Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri menganggarkan 82,400 penerima bagi program ini dengan peruntukan sebanyak RM16.48 juta.


Pengarang :