AGENDANASIONAL

Hulu Langat diramal ribut petir, hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 3 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di daerah Hulu Langat, Selangor sehingga 7 malam.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama dijangka di beberapa negeri seperti Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

Teranggganu pula di Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dam Kemaman; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Bentong) serta Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban).

Manakala Sarawak meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Limbang (Lawas) serta Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :