Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Adi Faizal Ahmad Tarmizi bergambar bersama pemenang utama cabutan bertuah MyMPS di lobi Menara MPS pada 31 Mac 2023. Foto Majlis Perbandaran Selayang
PBTSELANGOR

Pemenang cabutan bertuah MyMPS bawa pulang wang tunai keseluruhan RM50,000

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 2 APRIL: Sebelas pemenang utama cabutan bertuah MyMPS 2022 membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM25,000.

Hadiah disampaikan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Adi Faizal Ahmad Tarmizi di lobi Menara MPS.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat MPS berkata dua pemenang bertuah masing-masing menerima wang tunai RM5,000 sementara yang lain membawa pulang wang tunai RM1,500 dan RM1,000.

“Seramai 53 nama pemenang bertuah dicabut pada 29 November tahun lalu dan semalam (kelmarin) 11 pemenang utama dikumpulkan untuk menerima hadiah.

“42 pemenang yang lain telah dihubungi dan mereka akan menerima hadiah masing-masing melalui pindahan wang secara dalam talian,” kata Ahmad Fauzi Ishak ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau cabutan bertuah MyMPS 2022 menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM50,000.

“Cabutan bertuah ini bertujuan mempromosikan portal MyMPS.

“Program ini bermula 2020 dan pada mulanya menawarkan hadiah berupa kenderaan dan barangan elektrik,” katanya.

MyMPS merupakan gerbang pembayaran pelbagai bil MPS secara dalam talian yang mesra pengguna dan lebih sistematik.


Pengarang :