SHAH ALAM, 18 MEI: Tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 5 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di seluruh Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.