Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis sesi pelancaran Siri Warisan Islami Selangor dan Buku Sejarah Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Festival telaah kitab dicadang anjur setiap daerah, kupas pemikiran ilmuwan

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Kerajaan Negeri berhasrat mengembangkan penganjuran Festival Turath Islami ke setiap daerah di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar berkata program itu akan mengetengahkan tokoh-tokoh Islam tempatan selain pengisiannya bersifat lebih tradisi.

“Kerajaan Negeri menganjurkan Festival Turath Islami itu bukan hanya sekadar bergambar dengan ilmuwan terkenal tetapi kita lebih mementingkan impaknya kepada awam.

“Jadi, kita akan cuba gerakkan program ini ke peringkat daerah. Selain mengupas pemikiran ilmuwan, ia juga akan diisi dengan acara seperti zikir dan selawat,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata pada program Borak-Borak Buku yang diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, semalam. Program itu menampilkan pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Syukor Majid dan Cikgu Fadhli Salleh sebagai moderator.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menedatangani plak pelancaran ketika majlis sesi pelancaran Siri Warisan Islami Selangor dan Buku Sejarah Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Festival Turath Islami julung kali diadakan pada 20 hingga 25 Mei lalu bersempena program terjemahan 10 jilid kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali oleh Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).

Sepanjang lima hari penganjurannya, ia diserikan dengan pelbagai program seperti Daurah Afkar Ihya Ulumuddin, seminar penghayatan Ihya Ulumuddin dan interaksi bersama pemegang taruh seperti pimpinan pendidikan.

Ia turut menampilkan bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr. Ali Jum’ah sebagai tetamu utama; ulama-ulama Nusantara serta pemimpin Islam tempatan dan antarabangsa.


Pengarang :