Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena program penyerahan bantuan pesawah dan kenduri rakyat di Masjid At-Tuqo, Tanjong Karang, Kuala Selangor pada 9 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Negeri hulur bantuan tunai, input pertanian ringan beban 9,000 pesawah

KUALA SELANGOR, 9 JUN: Kerajaan Negeri memberi insentif RM500 kepada 9,000 pesawah yang terkesan dengan kekurangan pengeluaran hasil.

Dato’ Menteri Besar berkata bantuan tersebut merangkumi pemberian wang tunai sebanyak RM300 manakala baki RM200 untuk input pertanian mengikut kawasan.

“Bantuan sokongan ini akan memberi manfaat kira-kira 2,500 pesawah di Kuala Selangor dan selebihnya di Sabak Bernam anggaran 6,500 pesawah menjadikan keseluruhan 9,000 pesawah.

“Bilangan semua 9,000 pesawah ini meliputi seluas kawasan 17,000 hektar dan bantuan diberi mengikut kriteria. Insentif ini antara pelbagai bantuan oleh Kerajaan Negeri pada setiap tahun yang disalurkan secara berterusan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata pada sidang media selepas menghadiri program Kenduri Rakyat dan  Pemberian Bantuan kepada Pesawah di Masjid Jamie At-Tuqa, Kuala Selangor di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan khas berjumlah RM 10,000 kepada wakil Masjid Jamie At-Tuqo sempena program pemberian bantuan pesawah dan kenduri rakyat di Tanjong Karang pada 9 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau menambah bantuan ini disalurkan melalui Belanjawan Negeri Selangor dan jumlah bantuan diberikan mengikut keperluan semasa para pesawah atau petani.

Pada majlis itu, Amiruddin turut menyampaikan bantuan Insentif Haji Muassasah 2023 buat bakal jemaah haji di Kuala Selangor dan menyerahkan sumbangan khas berjumlah RM10,000 kepada Masjid Jamie At-Tuqo.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek dan Ahli Dewan Negeri Sekinchan Ng Suee Lim.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyampaikan insentif Haji Muassasah kepada bakal jemaah di Masjid At-Tuqo, Tanjong Karang, Kuala Selangor pada 9 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :