PBTSELANGOR

MPAJ anjur pertandingan kejiranan terbaik, tarikh tutup 10 Julai

Oleh Nas Norziela Nasbah

AMPANG JAYA 9 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan mengadakan Pertandingan Kejiranan Terbaik 2023 sehingga tarikh tutup 10 Julai ini.

MPAJ memaklumkan penyertaan terbuka kepada kawasan rukun tetangga (KRT) dan persatuan penduduk di bawah kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

 “Anugerah Kejiranan Terbaik MPAJ 2023 menyediakan hadiah wang tunai RM5,000, plak iringan dan sijil untuk Johan Keseluruhan. Pemenang tempat kedua akan membawa pulang RM3,000 manakala tempat ketiga keseluruhan RM2,000 berserta plak iringan dan sijil.

“Empat kategori anugerah turut dipertandingkan iaitu Anugerah Kejiranan Aktif, Kejiranan Hijau, Kejiranan Ceria dan Kejiranan Berteknologi Inovatif dan Kreatif dengan masing-masing berpeluang memenangi RM1,000 bagi johan kategori,” katanya di Facebook.

Mereka yang berminat boleh klik pada pautan https://forms.gle/QZ9RnxTMYmZSzfBU8 untuk syarat-syarat dan kriteria penyertaan.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi http://www.wasap.my/601173024108/KejirananTerbaik (Zakiah) http://www.wasap.my/60186600420/KejirananTerbaik (Adlina) atau lawati halaman rasmi media sosial MPAJ.

Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya


Pengarang :