Ahli Dewan Negeri Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman berucap pada Ppogram penyampaian sumbangan mangsa banjir dan sesi penerangan penambahbaikan bagi mengatasi banjir DUN Paya Jaras di Dewan MBSA Paya Jaras, Shah Alam pada 22 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Prestasi ekonomi negeri cemerlang bawah HARAPAN, rakyat diharap buat pilihan tepat

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 22 JUN: Pertumbuhan ekonomi Selangor yang cemerlang saban tahun bawah pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) harus dikekalkan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata rakyat tidak harus mengambil risiko kerana Selangor adalah negeri maju dan penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Saya harap rakyat dapat buat pilihan baik dengan kekalkan HARAPAN,” katanya yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras dalam satu majlis di sini hari ini.

Ahli Dewan Negeri Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman beramah mesra dengan penduduk pada majlis penyampaian sumbangan mangsa banjir dan sesi penerangan penambahbaikan bagi mengatasi banjir DUN Paya Jaras di Dewan MBSA Paya Jaras, Shah Alam pada 22 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pada 9 Jun lalu, Dato’ Menteri Besar berkata kecekapan pentadbiran Selangor bawah HARAPAN memastikan lebihan hasil negeri dipulangkan kepada rakyat menerusi pelbagai program kebajikan.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, kejayaan tersebut juga didorong oleh barisan pimpinan negeri yang bebas unsur rasuah serta bertegas mengelak pembaziran.

“Ekonomi negeri berkembang kukuh di bawah pentadbiran HARAPAN. Sebagai contoh, di saat negeri lain susah mahu cari lebihan telur dan ayam, kita bertindak dengan laksana Jelajah Ehsan Rakyat (JER) hasil kedudukan kewangan yang kukuh.

“Selangor juga negeri yang jalan pelbagai program kesihatan, malah satu-satunya negeri beri insurans bernama INSAN kepada seluruh rakyat dari umur 30 hari ke 80 tahun. Sumbangan RM10,000 untuk pencarum ditimpa kemalangan.

“Justeru, lebihan hasil negeri ini kita boleh salurkan banyak inisatif atau bantuan kepada rakyat,” katanya.

Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia pada 2021 sebanyak 24.8 peratus hasil kestabilan dan pengukuhan tadbir urus.

Selangor juga antara yang mendahului negeri lain dengan nilai KDNK berjumlah RM343.5 bilion berbanding RM327.1 bilion pada 2020.

Sebelum ini, Amirudin yakin Selangor mampu meningkatkan sumbangan untuk KDNK Malaysia kepada 30 peratus bagi tempoh 2025 hingga 2026 didorong oleh projek seperti Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS) serta Taman Perindustrian Pintar NCT (NCT).


Pengarang :