Orang ramai menyemak dan membayar cukai serta kompaun di kaunter bergerak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat, Hulu Kelang pada 17 Jun 2023. Foto Majlis Perbandaran Ampang Jaya
PBTSELANGOR

MPAJ buka kaunter bergerak di Giant Bukit Antarabangsa hingga 27 Jun

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 22 JUN : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan kaunter bergerak di hadapan Pasar Raya Giant Bukit Antarabangsa sejak 19 hingga 27 Jun.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu kaunter bergerak berkenaan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 3 petang pada Isnin hingga Jumaat.

“Warga Ampang Jaya boleh membuat semakan dan bayaran cukai taksiran serta kompaun di kaunter bergerak ini pada tarikh dan waktu ditetapkan,” kata kenyataan itu menerusi Facebook.

MPAJ turut memaklumkan orang ramai juga boleh membuat bayaran secara dalam talian melalui pautan icomm.mpaj.gov.my atau muat turun aplikasi icomm MPAJ.

Pada 31 Januari lalu, MPAJ melancarkan kaunter bergerak yang diberi wajah baharu dengan dilengkapi kemudahan sistem komputer terkini dan mempunyai ruang lebih luas serta tempat duduk untuk warga emas atau wanita hamil.

Kenderaan itu mempunyai dua kaunter yang boleh menerima bayaran tunai dan kad.


Pengarang :