Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari(tengah) menjawab soalan media di sidang media turut bersama Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan NCT, Dato’ Sri Yap Ngan Choy(kiri) dan Speaker Dewan Negeri Ng Suee Lim(kanan) selepas Majlis pecah tanah NCT Smart Industrial Park di Movenpick Convention Centre, Sepang pada 7 April 2023. Foto MOHD YUSN ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor yakin sumbang 30 peratus kepada KDNK menjelang 2026

SEPANG, 7 APRIL: Kerajaan Selangor yakin mampu meningkatkan sumbangan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 30 peratus bagi tempoh 2025 hingga 2026.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ini akan didorong oleh projek seperti Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS) serta Taman Perindustrian Pintar NCT (NCT).

“Berasaskan suntikan projek seperti NCT dan IDRISS, kami yakin kami dapat merangsang lebih banyak aktiviti ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Taman Perindustrian Pintar NCT Group of Companies di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata inisiatif utama sedemikian akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri dan seterusnya meningkatkan sumbangan negeri kepada KDNK negara, yang mencecah 24.8 peratus pada 2021.

Walaupun ketiadaan projek utama, sumbangan Selangor kepada KDNK Malaysia telah meningkat 0.2 peratus hingga 0.5 peratus setahun sejak 2018, katanya.

– BERNAMA


Pengarang :