Pemain beregu lelaki Malaysia Nur Izzuddin (kiri) dan Goh Sze Fei meraikan kemenangan menewaskan beregu China Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi pada saingan suku akhir Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, pada 1 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Badminton Terbuka AS: Sze Fei-Nur Izzuddin mara separuh akhir

KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Pasangan beregu lelaki kebangsaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melangkah ke separuh akhir badminton Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2023, selepas berjaya mengatasi lawan mereka di peringkat suku akhir, pada Jumaat.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu Sze Fei-Nur Izzuddin, yang kembali bersatu selepas berpisah pada Februari, berjaya mengalahkan pasangan Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming Tse dari Taiwan, 21-15, 21-19, pada kejohanan berlangsung di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Iowa.

Mereka akan berhadapan pasangan dari China Chen Bo Yang-Lu Yi, pada separuh akhir.

Pasangan pilihan kelima kejohanan itu layak ke separuh akhir selepas membuat kejutan ke atas pasangan pilihan kedua kejohanan dari Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar, 21-17, 23-21.

— BERNAMA


Pengarang :