Orang ramai membawa pulang barangan yang dibeli pada Program Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Ampang di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Ampang, Ampang Jaya pada 12 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah ayam, ikan, beras di sembilan lokasi pagi ini

SHAH ALAM, 25 JULAI:  Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke sembilan lokasi hari ini, mulai 10 pagi.

Menurut Facebook PKPS, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Jalan 45, Selayang Baru, SJKC Selayang Baru (Parlimen Selayang); Taman Cempakasari Fasa 2 (Parlimen Kapar); Jalan Batu Nilam 35 dan Surau Kampung Pandan, Kampung Jawa (Parlimen Kota Raja) dan Flat Taman Kem (Parlimen Klang)

Program turut diadakan diadakan di Pasar Malam Bandar Baru Ampang (Parlimen Ampang),  Rukun Tetangga Taman Seri Serdang (Parlimen Puchong), Dataran Penjaja Delima 5 (Parlimen Sungai Buloh) dan Kompleks Niaga Sungai Merab (Parlimen Sepang).

Inisiatif meringankan beban rakyat itu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Mulai minggu lepas, PKPS mula menjual minyak masak paket dan daging kiub di beberapa lokasi terpilih.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Foto Facebook PKPS

Pengarang :