AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor diramal hujan lebat, ribut petir hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 11 JULAI: Tiga daerah di Selangor iaitu Klang, Sabak Bernam dan Kuala Selangor diramal mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 12 tengah hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi Facebook turut meramalkan cuaca sama melanda Perlis, beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :