Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis perasmian MITI Day 2023 (Selangor) di Dewan Raja MUda Musa, Shah Alam pada 5 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PN Selangor tiada idea, tawaran manifesto ‘salin dan tampal’

SHAH ALAM, 5 OGOS: Dato’ Menteri Besar menganggap tawaran Perikatan Nasional (PN) Selangor yang diumum malam tadi, mengambil idea manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga pengerusi HARAPAN negeri berkata PN mengemukakan tawaran sama kepada rakyat dengan hanya mengubah nilai angka.

“Saya tidak tengok lagi tetapi sepanjang saya dengar itu, sudah ada tiga empat copy paste (salin dan tampal), cuma beza pada angkanya.

“Kita buat Bingkas (Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor) RM300 , dia naikkan RM400. Kita jaga kebajikan, kita tawar gaji imam RM1,600 dia naikkan RM1,700.

“Dia copy paste dan ni selalunya lebih buruk dari ori (asli),” katanya pada sidang media Hari Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri hari ini.

Malam tadi, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tawaran bertemakan “Selangor Baharu, Kita Bangkit” dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion.

Pada Isnin, Amirudin melancarkan Tawaran Kita Selangor yang merangkumi banyak sektor penting bagi meneruskan kemajuan sedia ada.

Sebahagian kandungan yang terdiri daripada lima teras telahpun dimulakan pentadbiran Dato’ Menteri Besar itu manakala ada program termuat dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).


Pengarang :