Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis perasmian MITI Day 2023 (Selangor) di Dewan Raja MUda Musa, Shah Alam pada 5 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tawaran lima tahun pastikan ekonomi negeri kekal kukuh, tambah peluang kerja

SHAH ALAM, 5 OGOS: Pembinaan hubungan jajaran rel hingga ke kawasan utara dan selatan yang terkandung dalam Tawaran Kita Selangor bakal mengukuhkan lagi sektor ekonomi negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata menerusi jaringan pengangkutan itu, nilai hartanah sepanjang jajaran Klang akan meningkat selain membuka peluang kerja sekali gus mampu memacu ekonomi.

Rancangan pembinaan bandar baharu di Sepang, Sabak Bernam dan jajaran Sungai Klang juga menjamin peluang ekonomi lebih baik. Ini lanjutan daripada Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selangor Selatan (IDRISS) yang dibangunkan MBI dan PKNS.

“Kita juga menggalakkan TVET. Lepas ini kita mahu buka pusat kecemerlangan untuk pendidikan ketiga serta rancang masuk ke sekolah menengah untuk menyusun dan membentuk tenaga mahir.

“Ini antara rancangan khas membangunkan serta memajukan negeri disamping beberapa lagi projek lain,” katanya Dato’ Seri Amirudin Shari selepas merasmikan Hari Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri hari ini.

Majlis berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di sini turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pada Isnin, Amirudin yang juga pengerusi HARAPAN negeri melancarkan Tawaran Kita Selangor yang merangkumi banyak sektor penting bagi meneruskan kemajuan sedia ada.

Sebahagian kandungan yang terdiri daripada lima teras telahpun dimulakan pentadbiran Dato’ Menteri Besar itu manakala ada program termuat dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Menteri Perdagangan, Pelburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) merasmikan MITI Day 2023 (Selangor) di Dewan Raja MUda Musa, Shah Alam pada 5 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :