Majlis Konvokesyen Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) ke 23 di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada 10 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kelengkapan, sokongan tenaga pengajar STDC lahir penuntut cemerlang

SHAH ALAM, 11 JUN: Kelengkapan sedia ada di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) membantu proses pembelajaran berjalan lancar dan memudahkan urusan harian.

Penerima Anugerah Khas Dato’ Menteri Besar Airish Azman Abdul Rahman berkata segala keperluan pelajar disediakan menyebabkan mereka berasa selesa.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan Anugerah Khas Dato’ Menteri Besar kepada Airish Azman Abdul Rahman pada Majlis Konvokesyen Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) ke 23 di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada 10 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Warga STDC menjaga kebajikan dan berusaha untuk tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Tenaga pengajar juga bertungkus lumus mengajar kami supaya mendapat keputusan cemerlang.

“Mereka tidak pernah putus asa dan mengajar kami dengan sabar. Mereka beri tunjuk ajar serta sokongan kepada pelajar,” katanya ketika berucap.

Graduan teknologi automatif berusia 26 tahun itu dipilih sebagai pelajar terbaik selepas mencatatkan keputusan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama empat penerima anugerah utama selepas Majlis Konvokesyen Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) ke 23 di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada 10 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Airish Azman yang kini bekerja dengan pengeluar automotif terkemuka Volkswagen Group menerima anugerah berkenaan daripada Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyerahkan sijil dan diploma kepada 345 pelajar STDC yang lain sempena konvokesyen ke-23 pusat kemahiran berkenaan semalam.

 


Pengarang :