Orang ramai yang hadir pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di Dewan MPKK Kampung Sri Tanjung, Kampung Melayu Ampang pada 27 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah ayam, telur, beras di tiga lokasi pagi ini

SHAH ALAM, 26 SEPT: Program jualan murah barangan asas seperti ayam, ikan, telur dan beras diteruskan di tiga lokasi mulai 10 pagi ini.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di Dewan Masyarakat BK2 (Kinrara), Balairaya MPKK Kampung Kuantan (Bukit Melawati) dan Jalan 11 Tangki Air, Selayang Baru (Taman Templer).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :