Orang ramai membeli barangan pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil di Dewan Taman Changgang Jaya, Kuala Langat pada 18 September 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pengunjung puas hati kualiti produk jualan murah, mahu program diteruskan

KUALA LANGAT, 18 SEPT: Kualiti barangan terjamin walaupun murah daripada harga pasaran membuatkan pengunjung gemar membeli barangan asas pada program Jualan Ehsan Rahmah (JER).

Suri rumah, Suria Alias, 47, berkata kualiti barangan seperti beras dan telur yang dijual di program jualan murah itu amat memuaskan hatinya.

Suri rumah Suria Alias. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI

“(Barangan) setanding pasar raya walaupun lebih murah tapi kualiti terjamin. Macam beras saya rasa lagi cantik beras ini (berbanding di pasar raya dengan harga lebih mahal).

“Walaupun murah tetapi berasnya cantik dan telur pun saiz besar. Saya harap program ini diteruskan. Sudah lebih lima kali saya datang je sini (JER) dan benar-benar menjimatkan belanja dapur,” katanya ketika ditemui di program JER peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil di di Dewan Taman Changgang Jaya, Kuala Langat hari ini.

Sementara itu, pekerja swasta Noraziyan Sudin, 47 berharap program ini tidak dihentikan dan diteruskan kerana ia sangat meringankan beban perbelanjaan seisi keluarga.

Pekerja swasta Noraziyan Sudin. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI

“Ia mungkin boleh ditambah lagi kawasan dan diteruskan kerana sangat membantu rakyat dan boleh berjimat banyak,” katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Setakat ini, program itu sudah dianjurkan di lebih 2,000 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan ia memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS

.

Pengarang :