Orang ramai membawa pulang barangan yang dibeli pada Program Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Ampang di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Ampang, Ampang Jaya pada 12 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah barangan asas di Kota Anggerik, Pelabuhan Klang, Hulu Bernam pagi ini

SHAH ALAM, 1 OKT: SHAH ALAM, 25 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) barangan asas seperti ayam, ikan, telur dan beras diteruskan di tiga lokasi pada 10 pagi, hari ini.

Insiatif meringankan beban rakyat kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di Pangsapuri Sunway Sinar Seksyen U6 (Kota Anggerik); Surau Saifulhuda, Taman Kem (Pelabuhan Klang) dan balai raya Kampung Titiwangsa (Hulu Bernam).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :