Orang ramai membawa pulang barangan yang dibeli pada Program Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Ampang di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Ampang, Ampang Jaya pada 12 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah barangan dapur di Sungai Tua, Sabak, Permatang pagi ini

SHAH ALAM, 17 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan asas murah seperti ayam, ikan, telur dan beras diteruskan di tiga lokasi pada 10 pagi, hari ini.

Inisiatif meringankan beban rakyat kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di Dataran Lapang, Taman Berlian (Sabak), Dewan Orang Ramai Kampung Tiram Setia (Permatang) dan Flat Kenanga, Taman Gombak Permai (Sungai Tua).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 3,000 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Agensi itu turut menjalin kerjasama dengan Segi Fresh bagi pelaksanaan program JER di 55 pasar raya di seluruh negeri bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

 

 

 


Pengarang :