AGENSISELANGOR

Hijrah tawar bantuan modal mula, kembang niaga

SHAH ALAM 13 NOV: Peniaga yang memerlukan bantuan modal untuk berniaga secara kecil-kecilan atau mengembangkan perniagaan boleh memohon skim pembiayaan di bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

Pembiayaan yang ditawarkan Hijrah ialah skim i-Bisnes, Zero To Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Bermusim dan Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham).

Agensi itu memaklumkan di Facebook, pemohon boleh memuat turun maklumat pembiayaan menerusi https://www.hijrahselangor.com/risalah-skim-hijrah…/ atau pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/.

Pemohon juga boleh menghubungi cawangan Hijrah berhampiran untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan pembiayaan.

Hijrah menyediakan pinjaman kewangan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal.

Sehingga Jun 2023, seramai 58,464 peserta terlibat dengan dana lebih RM768.8 juta. Seramai 34,823 penerima atau 60 peratus adalah usahawan wanita.

Selain itu, Hijrah juga menganjurkan pelbagai program secara percuma seperti kelas strategi TikTok untuk meningkatkan perniagaan secara digital.

Turut diadakan kursus pemasaran bagi memastikan peniaga serta produk yang ditawarkan kepada pelanggan kekal berdaya saing di dalam dan luar negara.

 


Pengarang :