AGENSISELANGOR

Hijrah tawar modal, bantu kembang niaga di platform digital

SHAH ALAM, 28 SEPT: Usahawan yang berhasrat mengubah perniagaan secara digital dipelawa memohon skim pembiayaan di bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

Agensi itu memaklumkan di Facebook, Skim Go Digital menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 dan boleh dimohon menerusi mikrokredit.selangor.gov.my atau menghubungi pegawai di cawangan Hijrah.

“Skim Go Digital diwujudkan untuk membantu usahawan mentransformasikan kaedah perniagaan ke arah pendigitalan melalui platform terkini dan moden.

“Pemasaran secara digital membantu meningkatkan keupayaan pasaran produk dan servis yang akhirnya mampu memaksimumkan keuntungan hasil jualan secara dalam talian. Layari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut,” katanya.

Selain Go Digital, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), i-Agro, i-Lestari, dan i-Bermusim.


Pengarang :