AGENDANASIONAL

Klang, Gombak, Petaling antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 22 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sehingga 1 pagi ini.

Menurut agensi itu di Facebook keadaan sama diramal berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan beberapa daerah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :