Anggota Angkatan Pertahanan Awam Kota Tinggi membantu menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap di sekitar Pusat Bandar Kota Tinggi pada 8 Januari 2024. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor hingga Ahad

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa lokaliti di Pahang dan Johor yang dijangka berlaku mulai hari ini sehingga Ahad.

MetMalaysia dalam kenyataan pagi ini memaklumkan kedua-dua lokaliti itu membabitkan daerah Rompin di Pahang serta Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Kenyataan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama di kedua-dua negeri terbabit melibatkan daerah Pekan di Pahang dan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai serta Johor Bahru di Johor.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan hari ini di Sarawak yang meliputi beberapa lokaliti iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, dan Mukah.

— BERNAMA


Pengarang :