AGENSISELANGOR

Orang ramai diminta waspada, Hijrah tidak lantik ejen urus skim pembiayaan peribadi

SHAH ALAM, 30 JAN : Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) tidak pernah melantik ejen untuk menguruskan permohonan skim pembiayaan peribadi di bawah agensi itu.

Agensi itu memaklumkan orang ramai diminta berwaspada dan diminta menghubungi ibu pejabat Hijrah menerusi talian 03-5523 3611 atau hadir ke cawangan berdekatan jika terdapat keraguan mengenainya.

“Hijrah tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi menguruskan permohonan skim pembiayaan Hijrah Selangor kecuali menerusi rakan strategik dan syarikat peneraju lantikan sah,” jelasnya di Facebook.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi ibu pejabat Hijrah Selangor menerusi talian 03-5523 3611.

Maklumat berhubung pembiayaan Hijrah Selangor juga boleh dilayari menerusi pautan berikut https://www.hijrahselangor.com/risalah-skim-hijrah…/.

Sejak penubuhannya pada 2015,  agensi tersebut menyediakan bantuan modal kepada mereka yang mahu berniaga secara kecil-kecilan atau mengembangkan perniagaan.

Pembiayaan yang ditawarkan Hijrah ialah skim i-Bisnes, skim i-Bermusim, skim Niaga Darul Ehsan (NaDI), skim Go Digital dan skim Zero To Hero.


Pengarang :