Pengujung menghabiskan masa bersama keluarga sempena cuti sekolah menghayati keindahan lampu ketika Cahaya Lampu Festival di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 14 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tourism Selangor sasar seramai 1.1 juta pelancong luar negara tahun ini

CYBERJAYA, 15 FEB: Tourism Selangor meneruskan siri promosi global ‘Splendid Selangor, Take Me Anywhere!’ dengan menyasarkan kunjungan seramai 1.1 pelancong luar negara tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Azrul Shah Mohamad berkata kempen destinasi pelancongan Selangor dilaksanakan di pelbagai negara antaranya di Jerman, Korea Selatan, India, Laos, Singapura dan Vietnam.

“Tourism Selangor juga akan menyertai Pameran Pelancongan Antarabangsa Seoul 2024 di Korea Selatan, Forum Pelancongan Asean di Laos, Expo Penjagaan Kesihatan Malaysia di Medan, Indonesia dan Singapore Cruise Asia 2024.

“Kempen promosi Selangor di peringkat global akan terus dilaksanakan. Negeri ini memiliki banyak tempat menarik dan kita yakin dapat menarik lebih ramai pelancong luar negara datang.

“Selain itu, menerusi kempen ini juga kita akan buat promosi silang dan memeterai memorandum persefahaman di negara berkaitan untuk perkenal pelancongan di Selangor,” katanya ditemui Selangorkini.

Pengunjung menghayati keindahan cahaya warna warni sempena Cahaya Lampu Festival di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 14 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Terdahulu, Tourism Selangor menganjurkan program terokai alam semulajadi dan makanan Selangor bersama pengamal media melawat beberapa destinasi menarik antaranya Cahaya Lampu Festival di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Taman Kucing Cyberjaya dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah.

Pengamal media turut berpeluang merasai menaiki belon udara panas di ladang Farm Fresh di Serdang selain mengunjungi Taman Herba dan Ladang Kelulut di Maeps.

Sementara itu, Penyelia Taman Kucing Cyberjaya Munira Amuary berkata lebih 20,000 pengunjung hadir ke taman perlindungan kucing terbiar itu dirasmikan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin tahun lalu.

“Taman ini dibuka pada Rabu dan Ahad dan pengunjung berpeluang melihat kucing-kucing ini dirawat di tempat tinggal dengan persekitaran sesuai dan bebas bermain.

“Sejak beroperasi, sebanyak 50 kucing telah diambil untuk dijadikan haiwan angkat oleh pelbagai individu dari serata tempat termasuk Terengganu, Pulau Pinang dan Melaka,” katanya.

Taman Kucing Cyberjaya, Sepang. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Penyelia Taman Kucing Cyberjaya Munira Amuary bermain bersama kucing ketika lawatan Tourism Selangor bersama media di Taman Kucing Cyberjaya, Sepang pada 15 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Kakitangan Majlis Perbandaran Sepan bermain bersamaa kucing ketika lawatan Tourism Selangor bersama media di Taman Kucing Cyberjaya, Sepang pada 15 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Pengamal media dibawa melawat Taman Kucing Cyberjaya, Sepang pada 15 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Orang ramai meluangkan masa bersama keluarga sempena cuti sekolah dengan mengunjungi Cahaya Lampu Festival di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 14 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Ibu bapa meluangkan masa bersama anak dengan mengunjungi Cahaya Lampu Festival di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 14 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Orang ramai meluangkan masa bersama keluarga sempena cuti sekolah menghayati keindahan lampu di Cahaya Lampu Festival di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 14 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Keindahan lampu warna warni di Cahaya Lampu Festival di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 14 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Reka bentuk unik dan gaya seni bina kontemporari mesra alam Masjid Raja Haji Fisabilillah menjadi daya tarikan pelancongan ketika lawatan Tourism Selangor bersama media di Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya, Sepang pada 15 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :