AGENSISELANGOR

Usahawan Hijrah disaran daftar, semak baki pinjaman dalam talian

SHAH ALAM, 27 FEB: Usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) kini boleh melakukan semakan baki pembiayaan perniagaan secara dalam talian.

Agensi itu memaklumkan, usahawan terlibat boleh mendaftar akaun untuk tujuan berkenaan menerusi pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/

“Sila rujuk pegawai kutipan di cawangan untuk sebarang bantuan. Tekan pautan https://www.hijrahselangor.com/risalah-skim-hijrah…/untuk memuat turun risalah pembiayaan Hijrah Selangor disini sebagai rujukan

“Terima kasih atas komitmen anda bersama Hijrah,” tulisnya di Facebook hari ini.

Sejak penubuhan pada 2015, agensi tersebut menyediakan bantuan modal kepada mereka yang mahu berniaga secara kecil-kecilan atau mengembangkan perniagaan.

Pembiayaan yang ditawarkan Hijrah ialah skim i-Bisnes, skim i-Bermusim, skim Niaga Darul Ehsan (NaDI), skim Go Digital dan skim Zero To Hero.

Pada 11 Januari, Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Dato’ Mearia Hamzah berkata agensi itu menumpukan usaha lebih serius bagi menuntut tunggakan pinjaman berjumlah lebih RM100 juta sejak 2015.

Beliau berkata pinjaman membabitkan 16,000 akaun itu perlu dituntut bagi memudahkan pusingan modal kepada peminjam baharu.

 


Pengarang :