Orang ramai yang hadir pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di Dewan MPKK Kampung Sri Tanjung, Kampung Melayu Ampang pada 27 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI.
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah barangan dapur di enam lokasi pada Sabtu, Ahad

SHAH ALAM, 15 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke enam lokasi pada hujung minggu ini, bermula 10 pagi.

Pada esok jualan murah barangan asas itu diadakan di Surau Haji Mansor (Sungai Burong), pekarangan SJKC Serdang Baru 2 (Seri Serdan) dan Jalan 11 Selayang Baru (Taman Templer).

Program pada Ahad pula berlangsung di Taman Sri Bayu (Lembah Jaya), Apartment Cempaka 17 (Bandar Baru Klang dan dewan serba guna Kerling (Kuala Kubu Bharu).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh.

PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :